Apa Kes Pontianak Menangis?


E-Curve Cathay Cinema, 28 September 2015 saya dan rakan Blogger dijemput untuk tayangan perdana Filem Pontianak Menangis sebuah filem melayu Komedi Seram. Saya sebenarnya penggemar filem seram dan dapat je jemputan memang teruja nak menoton filem ni. Tajuk pun dah menarik "Pontianak Menangis". Apa kes plak Pontianak Menangis, biasa dengar Pontianak Mengilai ni...menangis?? haaaa...ni lah kelainan filem ni membuatkan semua penonton tertanya tanya apa kes dengan Cik Ponti kita ni.  




Sebelum itu, biar saya berikan sedikit pengenalan kepada Filem PONTIANAK MENANGIS ni. Sebuah filem bergenre seram komedi yang diselitkan dengan alunan irama muzik terapi dari Ismail Jejaka, pemuzik pengesek gergaji kelahiran Pulau Pinang. Beliau juga merupakan Penerbit dan pengarah filem ini.  Filem ini bermesejkan kehidupan masyarakat yang bersatu dan bekerjasama dalam membantu menyelesaikan masalah kampung mereka.  Filem terbitan sulong Heart N Soul Sdn Bhd ini menelan belanja sebanyak RM800 ribu dan telah mengambil masa penggambaran selama 35 hari di Batu Kurau, Taiping dan Kuala Terengganu.  Nak tahu sinopsis apa kes dengan Ponti Menangis ni, rajin la baca sinopsis kat bawah ni. ↓↓↓↓





Sinopsis filem Pontianak Menangis
Sebuah kisah di sebuah kampung yang huru-hara diganggu Pontianak. Bukan itu saja malah kampung tersebut selalu berlaku kes kecurian dan pecah rumah. Kejadian-kejadian ini menyebabkan penduduk kampung berasa tidak selamat dan takut untuk keluar pada waktu malam. 

Oleh kerana tidak tahan dengan ketakutan ini, penduduk kampung telah bersepakat untuk mencari orang yang boleh menghalau pontianak dari kampung tu. 

Salah seorang daripada penduduk kampung, Din Kelentong (Soya) telah memberi cadangan kononnya dia kenal dengan seseorang dari Tanah Jawa bergelar Raja Paku, yang mampu mengusir pontianak dari kampung mereka. 

Akan tetapi, Din Kelentong memang kaki kelentong, Raja Paku tak wujud pun. Sudahnya orang kampung dah bagi tanggungjawab kat Din Kelentong suruh cari Raja Paku. Din mendapat idea untuk berpakat ngan kawan lama dia, Mat  Yeh (yassin) untuk menyamar menjadi Raja Paku. 

Alangkah lucunya bila timbul perasan cinta , bila si Raja Paku telah jatuh cinta dengan Pontianak! Setelah meluahkan perasan kepada pontianak , baru lah terbongkar al kisah sebenar yang telah berlaku ke atas Azura si Pontianak yang mencari anaknya setelah hilang akibat rumahnya diceroboh 5 tahun lalu. Dia juga diperkosa sehingga jatuh sakit. Menangis si Pontianak menceritakan kisah hidupnya. Sebalik itu , Pontianak juga telah membongkar segala kegiatan jahat yang dilakukan oleh Pak Arab (Ilya Senario) yang menyamar datang dari Mesir.

Barisan pelakon tanah air dan Indonesia ; Soya, Hamdan Senario, Yassin Senario, Ilya Senario, Wan Walla, Sathia, Rahim Sepahtu, Joey, Watie Elite, Bella (Indonesia) Sally (Indonesia) dan Sayuti (Indonesia) .


REVIEW Saya

Secara keseluruhannya, filem ini ada kekuatan dan kelemahannya dari segi pengarapan Plot cerita yang tidak konsisten dan tidak mantap. Tapi oleh kerana filem ini merupakan hasil terbitan pertama Heart N Soul Sdn Bhd, masih banyak boleh diperbaiki dan ditambahbaik terutama dari segi Skrip, penataan lampu dan efek.  Kekuatan filem ini terletak pada pelakon Soya (yang mengingatkan saya pelakon veteran dahulu Allahyarham S.Shamsuddin) tetapi lakonan selamba itu boleh diperbaiki dan beliau ada potensi untuk mengisi kekosongan barisan pelakon komedi berkualiti di masa hadapan.  Selain itu, mungkin ada selitan sindiran ala ala P.Ramlee.  Walau bagaimanapun unsur sindiran yang diselit seperti membeli kapal selam, uncang bergerak tidak hanya dipaparkan sepintas lalu dan tidak 'blend' dalam skrip dan jalan cerita membuatkan penonton seperti saya termangu-mangu. Namun begitu, Unsur-unsur komedi sememangnya ada dalam filem ni walaupun tenggelam timbul.  Tidak dinafikan ada adegan yang lucu sampaikan saya dan jiran sebelah saya berdekah dekah ketawa rasa nak guling-guling dalam panggung tu pun ada dan nak tertelan Popcorn pun ada. Haaaaa tang tu kena la tengok sendiri filem ni ye.  Perjalanan cerita filem ini agak lambat dalam mengupas kisah sebenar Cik PONTIANAK MENANGIS.   Kesabaran dan keterujaan untuk mengetahui kisah sebenar atau APA KES dengan Pontianak menangis ini telah merudum sedikit apabila Punca sebenarnya Menangis agak 'kecil' peranannya dalam filem ini sedangkan kisah utamanya tentang PONTIANAK MENANGIS. Apa pun, sedikit sebanyak unsur seram memang ada tapi bagi saya yang memang peminat Filem hantu tegar tak lah takut sangat sebab ada selitan komedi. So saya bagi Seram 30% (tang nangis dan mengilai) dan Komedi dalam 40%.  30% boleh la tahan and there is room for improvement. So Sila la tonton sendiri dan sokonglah Industri Perfileman Malaysia. Semangat sehhh!


Kami-kami yang nak nangis tunggu filem start heheheheh


Kami-kami yang nak SASAU tunggu, macam2 gaya dah keluar

KAMI dari KBBA dengan pelakon SOYA (Ye SOya tu lelaki eh walaupon rambut dia beralun bak iklan PANTENE) heheheh

PERHATIAN KAKI PERADUAN!!

Berita menarik!! Sesiapa yang datang menonton dan membeli tiket Filem Pontianak Menangis bermula 1 Oktober akan berpeluang untuk memenangi sebuah kereta Perodua #AXIA yang comel lote kiut miut ni. (^_^) So apa lagi cuba try test la. Tuah ayam nampak di kakinya..Tuah Manusia pada yang BErusaha. Selamat MencubA! Semangat sehhhh!!


peraduan pontianak menangis


Detail peraduan boleh didapati di Instagram Pontianak Menangis.

Comments

  1. haaa...sapakah gelak yg sampai tertelan popcorn tu!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Den la hahaha tgh baling2 popcorn dlm mulut smbik gelak

      Delete
  2. Hahahahahaha.. dari awal sampai habis gelak je kerjanya

    ReplyDelete
  3. wahh siap ada peraduan.. terbaik lah hadiah nye..

    ReplyDelete
  4. aaaaa..Yanie menang tak aritu?? heheehh

    ReplyDelete

Post a Comment

Thank you for reading my Blog, Really appreciate your time
Have a Great day Ahead (^___^)

Popular Posts